Cadangan Pembinaan Jalan Antara Ayer Puteh ke Kg Badlishah
(Sila klik imej diatas untuk melihat gambar bersaiz besar)
Pihak masyarakat Junjong menggesa kerajaan untuk menjalankan projek pembinaan jalan menyambungkan antara Kg Ayer Puteh Junjong ke Kampong Badlishah dengan seberapa segera. Jalan ini akan dapat memendekkan masa perjalanan antara Junjong ke Serdang. (Jalan K145-K820).
Jalan ini di jangka akan mempertingkatkan lagi sosio ekonomi penduduk setempat. Disamping itu perhubungan di antara bandar Kulim dengan pekan Serdang akan lebih dekat dah mudah.
Disamping itu, jalan ini akan memudahkan pengunjung dari kawasan Serdang dan Terap datang berriadhah ke Ayer Terjun Junjong.
Panjang jalan yang dicadangkan ini ada sejauh 3 KM tetapi akan merentas kawasa berbukit. Ini mungkin akan memerlukan peruntukkan yang agak mahal.
JKK Permatang Tiong harap ADUN Kulim, iaitu Sdr Lim Swee Nee akan dapat mengajukan perkara ini kepada pihak kerajaan.
