Isu Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong.
Suatu sessi pertemuan antara JKK dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong perlu di adakan dalam sedikit masa lagi untuk membincangkan berkenaan isu keselamatan anak-anak berikutan perkhabaran mengatakan satu percubaan colik berlaku pada Isnin petang, 15hb April lepas.
Implikasi dari peristiwa ini telah menimbulkan sindrom bimbang akan keselamatan anak-anak dikalangan ibubapa dan waris.
Peristiwa ini berlaku setelah pihak pengurusan sekolah mengenakan peraturan baru tidak membenarkan kenderaan para waris masuk ke kawasan sekolah untuk menjumput anak pulang.
Ada kalanya waris lewat datang menyebabkan anak-anak berkeliaran di luar kawasan sekolah menunggu. Keadaan ini mendedahkan mereka kepada perkara yang tidak di ingini mungkin berlaku seperti percubaan colik yang di gahkan baru-baru ini dan juga kemalangan.
Satu jalan penyelesaian perlu di bincangkan antara JKK dengan pihak sekolah.
Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menghindar sebarang kejadian buruk dari berlaku.

