JKK Permatang Tiong

April 22, 2008

Rumah Uzur Yang Perlu Di Bina Semula

Filed under: kebajikan — JKK @ 9:41 am

 Rumah uzur

Rumah pak Cha yang terletak berhampiran surau Kg Permatang Tiong sudah tidak sesuai di diami kerana keaadaan yang terlalu uzur. Oleh itu pihak JKK akan berusaha supaya bantuan dapat di salur untuk membina semula rumah ini.

http://www.slide.com/r/OePhgbCP7T9TKm3kIb3BYZ44D7ldVY2A?previous_view=mscd_embedded_url&view=original

April 16, 2008

Isu Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong.

Filed under: keselamatan — JKK @ 3:07 pm

Sek Keb Ptg Tiong

Suatu sessi pertemuan antara JKK dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong perlu di adakan dalam sedikit masa lagi untuk membincangkan berkenaan isu keselamatan anak-anak berikutan perkhabaran mengatakan satu percubaan colik berlaku pada Isnin petang, 15hb April lepas.

Implikasi dari peristiwa ini telah menimbulkan sindrom bimbang akan keselamatan anak-anak dikalangan ibubapa dan waris.

Peristiwa ini berlaku setelah pihak pengurusan sekolah mengenakan peraturan baru tidak membenarkan kenderaan para waris masuk ke kawasan sekolah untuk menjumput anak pulang.

Ada kalanya waris lewat datang menyebabkan anak-anak berkeliaran di luar kawasan sekolah menunggu. Keadaan ini mendedahkan mereka kepada perkara yang tidak di ingini mungkin berlaku seperti percubaan colik yang di gahkan baru-baru ini dan juga kemalangan.

Satu jalan penyelesaian perlu di bincangkan antara JKK dengan pihak sekolah.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menghindar sebarang kejadian buruk dari berlaku.

April 15, 2008

Blog Yang Berhormat

Filed under: Uncategorized — Tags: , , , , , , — JKK @ 1:35 pm

Blog Yaakub HusinBlog Zulkifli Noordin

Pengunjung boleh menyusur ke laman blog ADUN Bandar Baharu (Ust Yaakub Husin) dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (Zulkifli Noordin) serta memberi komen.

Blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu boleh di capai di http://zul4kulim.blogspot.com sementara blog ADUN Bandar Baharu di http://yaakubhusin.blogdrive.com .

Laman blog adalah fenomena baru dalam komunikasi. Pengunjung boleh dapatkan makluman terkini serta berinteraksi dengan YB melalaui ruang komen yang tersedia. Sekira ada aduan, boleh di buat di ruang komen.

Setakat ini ADUN Kulim. YB Lim Swee Nee masih belum mulakan laman blog beliau, mungkin tengah dok belajar kot.

Bahaya di hapapan Sekolah Kebangsaan Ptg Tiong

Filed under: keselamatan — JKK @ 12:28 pm

Hadapan SKPT

(Sila klik imej di atas unutk paparan lebih jelas)

Gambar di atas adalah suasana ketika murid keluar setelah tamat sessi waktu tengah hari. Keadaan agak bahaya dengan pergerakkan kenderaan diatas jalan raya, kanak-kanak yang melintas dan kenderaan para waris yang menunggu dan ada yang membuat pusingan-u.

Keadaan begini wujud sejak beberapa minggu lalu selepas pihak sekolah menguat kuasa peraturan tidak membenarkan kenderaan waris masuk ke kawasan sekolah untuk menjumput anak atau jagaan mereka.

Bagi mengatasi atau membendung keadaan yang agak berisiko ini, pihak JKK Permatang Tiong mencadangkan supaya di bina ruang letak kereta di tepi jalan raya berhampiran jalan masuk sekolah supaya kenderaan waris dapat di letak di situ.

Pihak sekolah juga di gesa menyediakan sekurang-kurangnya dua orang pengawal di situ untuk mengawal lalu lintas serta mengawal pergerakkan murid yang hendak melintas jalan.

Semasa gambar di atas di ambil tidak kelihatan pengawal bertugas yang berkwal.

April 14, 2008

Cadangan Pembinaan Jalan Antara Ayer Puteh ke Kg Badlishah

Filed under: pembangunan — JKK @ 7:33 pm

cadangan jalan 

(Sila klik imej diatas untuk melihat gambar bersaiz besar) 

Pihak masyarakat Junjong menggesa kerajaan untuk menjalankan projek pembinaan jalan menyambungkan antara Kg Ayer Puteh Junjong ke Kampong Badlishah dengan seberapa segera. Jalan ini akan dapat memendekkan masa perjalanan antara Junjong ke Serdang. (Jalan K145-K820).

Jalan ini di jangka akan mempertingkatkan lagi sosio ekonomi penduduk setempat. Disamping itu perhubungan di antara bandar Kulim dengan pekan Serdang akan lebih dekat dah mudah.

Disamping itu, jalan ini akan memudahkan pengunjung dari kawasan Serdang dan Terap datang berriadhah ke Ayer Terjun Junjong.

Panjang jalan yang dicadangkan ini ada sejauh 3 KM tetapi akan merentas kawasa berbukit. Ini mungkin akan memerlukan peruntukkan yang agak mahal.

 JKK Permatang Tiong harap ADUN Kulim, iaitu Sdr Lim Swee Nee akan dapat mengajukan perkara ini kepada pihak kerajaan.

April 11, 2008

Senarai Nama JKK yang di cadangkan

Filed under: Uncategorized — JKK @ 4:01 pm

meeting

Berikut adalah senarai nama-nama JKK yang dicadangkan dalam suatu mesyuarat yang di adakan di Pejabat PAS Kg Ayer Puteh pada 6hb April 2008 lalu.

  1. Ir. Abd Rahim bin Ramli - PENGERUSI
  2. Khairi bin Ismail - SETIAUSAHA
  3. Ahmad bin Shaari
  4. Rejab bin Ramli
  5. Hashim bin Abdullah
  6. Fahimi bin Abdullah
  7. Salleh bin Baharum
  8. Hassan bin Abdullah
  9. Sobri bin Ahmad
  10. Samsuddin bin Sya’ari
  11. Mahat bin Awang
  12. Ismail bin Omar

Senarai ini akan di kemukakan kepada pihak kerajaan negeri Kedah unutk tindakkan lanjut.

Selamat berkhidmat.

Powered by WordPress