Bahaya di hapapan Sekolah Kebangsaan Ptg Tiong
(Sila klik imej di atas unutk paparan lebih jelas)
Gambar di atas adalah suasana ketika murid keluar setelah tamat sessi waktu tengah hari. Keadaan agak bahaya dengan pergerakkan kenderaan diatas jalan raya, kanak-kanak yang melintas dan kenderaan para waris yang menunggu dan ada yang membuat pusingan-u.
Keadaan begini wujud sejak beberapa minggu lalu selepas pihak sekolah menguat kuasa peraturan tidak membenarkan kenderaan waris masuk ke kawasan sekolah untuk menjumput anak atau jagaan mereka.
Bagi mengatasi atau membendung keadaan yang agak berisiko ini, pihak JKK Permatang Tiong mencadangkan supaya di bina ruang letak kereta di tepi jalan raya berhampiran jalan masuk sekolah supaya kenderaan waris dapat di letak di situ.
Pihak sekolah juga di gesa menyediakan sekurang-kurangnya dua orang pengawal di situ untuk mengawal lalu lintas serta mengawal pergerakkan murid yang hendak melintas jalan.
Semasa gambar di atas di ambil tidak kelihatan pengawal bertugas yang berkwal.
